BERITA

Bangladesh gantung tugas 6 doktor enggan rawat pesakit Covid-19

Bernama

Diterbitkan

GLOBAL | Enam doktor di Bangladesh digantung tugas kerana didakwa enggan merawat pesakit Covid-19 dan tidak hadir bertugas tanpa sebarang notis awal, lapor agensi berita Anadolu.

Direktorat Perkhidmatan Kesihatan berkata pada Sabtu, doktor dari Kuwait-Bangladesh Friendship Hospital itu digantung tugas mengikut Peraturan Perkhidmatan Kerajaan dan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap mereka.

Perdana Menteri Sheikh Hasina tidak berpuas hati dengan perkara itu dan mengarahkan mereka dikenakan tindakan tegas jika benar terdapat bukti menunjukkan "kelalaian" dalam melaksanakan tugas.

Menurut laporan, terdapat kekurangan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk kakitangan penjagaan kesihatan dan pekerja yang menjalankan ujian saringan untuk Covid-19.

Enam pakar perubatan itu dikatakan telah diberikan PPE dan kerajaan mendakwa peralatan mencukupi untuk petugas kesihatan.

Setakat Sabtu Bangladesh mencatatkan 30 kematian dan 482 orang dijangkiti Covid-19.

-Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Langgan dan sokong media bebas

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Iklan