SUKAN

Pengurus Bournemouth 'korbankan' gaji kerana Covid-19

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Apr 2020, 9:17 pagi

Eddie Howe menjadi pengurus kebal bola sepak England pertama menawarkan agar gajinya dipotong agar ia dapat digunakan membantu mangsa wabak Covid-19.

Bos Bournemouth itu dilaporkan bersetuju agar sebahagian besar pendapatannya - yang dianggarkan berjumlah ?4 juta (RM21.7 juta) setahun - dimanfaatkan untuk membiayai kesan kewangan di Britain.

“Memandangan pandemik Covid-19 semakin menular, lebih banyak soalan yang timbul berbanding jawaban berkenaan kesannya kepada kita.

“Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan keadaan sebegini. Tetapi sebagai anggota lembaga, kami terus mencari jalan untuk memastikan masa depan kelab dan pekerjanya dilindungi apabila musim kali ini bersambung.

“Atas sebab itu, ketua eksekutif Neill Blake, pengarah teknikal skuad utama Richard Hughes dan penolong jurulatih Jason Tindall bersetuju memotong gaji masing-masing sepanjang tempoh ini,” kata Bournemouth dalam satu kenyataan dan dipetik agensi berita AFP.

Selain itu Bournemouth turut mengikut langkah kelab lain seperti Tottenham Hotspur, Newcastle dan Norwich City dengan mengurangkan jumlah kakitangan mereka.

Untuk rekod, Liga Perdana Inggeris ditangguhkan sehingga 30 April. Namun ada kemungkinan ia akan dilanjutkan lagi berikutan masalah penularan wabak Covid-19 belum dapat diatasi dengan sempurna.

Mengikut data terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 823,000 kes jangkitan didaftarkan di seluruh dunia, dengan lebih 47,000 kematian direkodkan.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Langgan dan sokong media bebas

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Iklan