SUKAN

Sekolah Sukan turut gunakan kaedah pembelajaran maya

Bernama

Diterbitkan

Kaedah secara maya kini menjadi pilihan guru dan pelajar bagi memastikan sesi pembelajaran dapat diteruskan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Tidak terkecuali ialah jurulatih dan atlet di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) yang menjadikan platform digital seperti 'google classroom', Telegram dan Facebook untuk saling berhubung serta meneruskan latihan sukan di kediaman masing-masing.

Pengetuanya, Huszaidi Hussin berkata kaedah itu adalah inisiatif terbaik bagi memastikan atlet terus berdisiplin dan meneruskan latihan sepanjang tempoh PKP.

Beliau berkata, jurulatih biasanya akan menyediakan jadual latihan khusus untuk atlet mengikut aspek kecergasan dan peningkatan kemahiran dalam bidang masing-masing.

"Atlet pelajar dikehendaki membuat latihan di rumah mengikut jadual serta modul latihan khas dan sebagai bukti, mereka perlu mengisi 'google form' untuk memastikan semuanya berjalan baik dan lancar.

"Data berkenaan pula akan diteliti dan dinilai oleh guru sains sukan, ketua bidang sukan dan pengetua sendiri bagi melihat penglibatan dan impak modul secara maya yang telah dilaksanakan," katanya kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp.

Bagi memastikan kaedah itu tercapai, Huszaidi turut meminta ibu bapa supaya membimbing anak masing-masing mematuhi program serta jadual yang telah dirancang.

-Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Langgan dan sokong media bebas

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Iklan